Sunday, February 14, 2010

Solat Jumaat di kampus ISTAC

Hari Jumaat yang lalu, saya berkesempatan untuk Solat Jumaat di kampus ISTAC, International Institute of Islamic Thought and Civilization yang baru di Bukit Tunku bersama rakan-rakan sepejabat. Selama ini saya bersolat Jumaat di kampus lamanya yang sekarang ini menjadi kampus Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) di Bukit Damansara. Sememangnya saya teruja setelah niat ini sudah lama terpendam.

Khutbah telah disampaikan oleh Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady bertemakan "mengingati Allah". Seperti di kampus IIiBF, khutbah di ISTAC disampaikan di dalam Bahasa Inggeris.

Rekabentuk masjid ISTAC ini berbucu lapan dan terdapat beberapa kerusi muallim (pengajar) di dalamnya untuk pengajian berbentuk halaqah (bulatan). Salah satu kerusi itu digunakan sebagai mimbar sewaktu solat Jumaat.


Seusai solat, saya berkesempatan melawat kampus yang luas dan indah itu. Seperti di IIiBF, senibina ISTAC menggunakan rekabentuk Islam Granada. Insyaallah saya dan rakan-rakan akan terus menunaikan solat Jumaat di sini semasa hari berkerja.



2 comments:

Teman Orang Parit said...

Assalamualaikum..

dipersilakan ke blog kami TOP yang tak sepertinya..

hjmalek said...

terima kasih