Saturday, May 30, 2009

masjid.net.my

Saya telah menerima sebuah email yang menarik menjemput saya menyertai jaringan Sosial Islam masjid.net.my.

Websitenya baru tetapi mempunyai idea yang menarik dan ia diuruskan oleh OnCET® Solution (Malaysia) Sdn Bhd yang mulai beroperasi pada 9 September 2008. Websitenya menawarkan keahlian sebagai rakan masjid, untuk mendaftar sila lawati urlnya http://www.masjid.net.my/.

Dikongsikan Visi dan Misi mereka di bawah ini.
Visi

Visi syarikat adalah “Hub Rangkaian Masjid Seluruh Malaysia ”, atau Projek Rangkaian Masjid Pintar. Pelbagai masalah-masalah pengurusan dan komunikasi antara kariah dan pengurusan masjid dapat diatasi
dengan cara penyelasaian kami. Penyelesaian ini dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan memberi kebaikan bagi semua penguna sistem kami di mana-mana sahaja.

Misi

Misi syarikat adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan menjadi permulaan dalam meningkatkan kreadibiliti institusi masjid di Malaysia. Menyediakan sokongan dalam membangunkan sistem kami agar ia sentiasa efisyen setiap masa sebagai penghubung interaktif yang berkesan kepada pengguna-pengguna sistem kami dan rakan juga niaga.

Kami berusaha meningkatkan kualiti sistem kami dengan menyelarikan penggunaannya dengan taraf teknologi semasa. Kami juga amat
menitikberatkan rekaan yang mesra pengguna agar mudah diguna oleh setiap lapisan masyarakat serta menawarkan harga jualan yang berpatutan dan berkualiti.



0 comments: